Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
0 com

Antara Dua Kuburan

Sebaik sebelum menghantar Mawardi ke Hira’, kami; aku, umi, abi dan odi singgah sebentar di Masjid Pantai Remis. Seusai solat, aku meneliti perkuburan yang berhadapan dengan masjid. Sepi. Penuh dengan belukar dan pepohon liar. Hati ini terdetik dan lantas teringat akan kematian. Setelah aku amati perasaan itu, diri ini masih terpampang dihadapan kuburan itu, melihatnya dari jauh melalui celahan tingkap masjid yang terbuka sambil badan disejukkan tiupan angin kipas elektrik.

Aku dalami hati dan akal.

Hati gerun mengingati hakikat bahwa kita semua akan kesana. Itulah tanah lapang buat kehidupan sementara menunggu saat dibangkitkan. Disitu jua diri akan ditemani sang amal saat hidup di dunia. Disitu jualah kita rasa sekelumit dari nikmatnya Syurga atau azabnya Neraka Allah swt.

Sedang akal aku pula bertanya..kenapa aku masih di sini? Masih termenungkan suatu ketentuan yang pasti, tapi kenapa aku masih belum tergerak untuk mengalihkan pandangan dan lantas bekerja? Bukankah setiap detik dalam kehidupan itu berharga? Amal yang pasti kita bawa kedalam perkuburan nanti?

Antara darjat dua perkuburan

Apa bezanya antara dua kuburan ini? Salah satunya adalah di Malaysia manakala yang satu lagi perkuburan baqi’ di Madinah. Tanya diri, kenapa penghayatan kita tak sama antara dua kuburan ini?

Sedang yang satu itu sekadar mengingatkan akan kematian, yang satu lagi pula mengingatkan kematian yang diawali dengan perjuangan. Berbeza bukan? Sudah pasti. Satu kuburan itu yang nampak pada mata kasar satu reality kehidupan yang penuh dengan kepayahan, kerumitan urusan dunia, kecelaruan system kehidupan yang tidak diturut dengan sebetulnya. Dan lantas semua kesulitan itu terangkat dengan kematian. Manakala gambaran penghayatan yang dapat kita dalami dari suasana kesederhanaan perkuburan baqi’ penuh dengan perjuangan, pengorbanan, izzah dan kemuliaan, kesungguhan dan terangkat dengan dijemputnya kematian dengan keredhaanNya. Alangkah mulianya.

Sebetulnya kita apabila menziarahi kuburan, hati akan insaf akan hakikat kehidupan; semuanya akan berakhir. Tapi jika perasaan itu sekadar insaf, sejauh manakah ia akan menggerakkan kita untuk memahami hakikat yang terbit saat teringatkan kematian? Sekuat manakah impaknya dalam pekerjaan kita untuk mencari keredhaanNya? Namun, kematian yang disulami dengan perasaan mencintainya, keinginan untuk mengecapinya, perasaan rindu untuk bertemu Allah, rasulullah dan para sahabat; barulah akan menggerakkan kita untuk bekerja. Dalam islam kita tidak didik untuk takut akan kematian, bahkan kita di tarbiyah untuk mengejarnya!

“mana mungkin kami menang saat perang dengan suatu kaum yang cintanya pada kematian lebih tinggi daripada kami cuba untuk mempertahankan nyawa kami sendiri!” – tentera Rom

Gambaran kubur di Malaysia tidak sah tanpa batuan dan binaan. Seolah-olah itulah tanda kasih mereka yang hidup buat yang sudah pergi. Itulah tanda kita memuliakan mereka agar kehidupan mereka disana ‘tenang’ dihimpit batu keras binaan karut marut bid’ah dari peradaban silam sebelum islam di tanah nusantara. Sangat jelas imej yang diperlihatkan, kematian itu adalah suatu lawak jenaka, kerana ada juga yang menjadikan binaan kubur itu status keluarga dan imej mewah kehidupan dunia.
Kuburan itu hanyalah peringatan buat kita yang hidup. Ia pasti menjengah. Tidak dilambatkannya sesaat mahupun diawalkannya sesaat. Dan peringatan itu dihidupkan dengan amal dan takwa. Menghayati perjuangan para pejuang terdahulu dalam membela aqidah kita, herdikan dan cemuhan yang terpaksa mereka hadapi, dipulau dan dikurungkan di balik jeriji besi berulang kali sehinggalah mereka temuinya dijemput penuh kemuliaan; baik diatas katil dibasahi darah, diulit tali gantung, dilibas pedang di medan qital mahupun saat tidur bersama keluarga. Mereka menemuinya dalam keadaan redha akan kehidupan yang mereka lalui dan Allah redha akan mereka.

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukanNya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” – Surah Al-Mujadilah [58]: 22

Nabi melukis tanda kasihnya pada kita

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud: Nabi saw. Membuat garis berbentuk empat persegi panjang lalu membuat suatu garis di tengah-tengahnya yang keluar dari bingkai itu, dan membuat garis-garis kecil di sisi garis yang ada di tengahnya. Sesudah itu baginda bersabda menerangkan, “Ini sebagai gambaran tentang manusia, dan ini adalah gambaran tentang ajaln yang mengelilinginya atau telah meliputinya, sedang garis yang menmpus ke luar adalah angan-angannya. Dan garis-garis kecil ini adalah penyakit-penyakitnya; jika ia selamat dari yang ini, pasti ai dimakan oleh yang lain.” – Shahih Bukhari, 8/111

Alangkah tepatnya gambaran Nabi saw.? Angan-angan itu sentiasa menjangkaui kemampuan hayat kita sendiri, sedangkan hayat yang masih dalam lingkungan kematian itu masih kita persiakan. Bukankah kerja pengislahan diluar sana sangat banyak? Berapa ramai sangatlah ummat manusia hari ini mendekatkan dahinya ke tanah meninggikan Allah swt.? Berapa ramai sangatlah mereka yang mendokong cita-cita mulia meletakkan islam sebagai ustaziatul alam? Dalam keadaan ini pun para du’at masih mengimpikan keindahan-keindahan duniawi!? Masihkah punya masa untuk memikirkan tentang diri sendiri sedang ummat merintih? Sungguh tertipulah diri jika demikian. Kerana masa yang tinggal, aku sangat yakin, hanya tinggal untuk amal merebut mardhotillah.

Kita seringkali memberatkan fikiran tentang masa depan. Sehingga kadang-kala masa terhenti hanya memikirkan kesudahan yang belum pasti. Sedang saat yang sangat memerlukan tumpuan kita adalah masa sekarang. Masa ini. Saat ini. Kerja amal dakwi mana yang masih belum terlaksana. Apakah yang masih dikendong itu sudahpun ada perkembangannya. Jika belum, dimana yang perlu dipertingkatkan dan diberikan perhatian. Masa semakin suntuk. Masa kematian kita semakin hampir.

Do not think about what will happen; think about what you have to do at that exact moment to achieve what is to happen

Pesanan Umar Ibnu Abdul Aziz

“Sesungguhnya keamanan di hari esok hanya bagi orang yang berhati-hati kepada Allah dan takut kepadaNya, dan dia menjual yang sedikit dengan yang banyak dan yang habis dengan yang kekal.

Tidakkah kalian lihat harta benda yang telah diraih oleh orang-orang yang binasa. Harta benda itu akan dikuasai oleh orang-orang yang masih hidup sesudah kalian. Dan demikian seterusnya sampai kalian dikembalikan kepada sebaik-baik yang mewarisi (Allah swt)”

“..perbanyakkanlah mengingati kematian kerana sesungguhnya tidak sekali-kali engkau berada dalam kesempitan dari urusanmu dan penghidupanmu susah lalu engkau mengingat kematian, melainkan segala sesuatunya akan menjadi luas bagimu. Dan tidak sekali-kali engkau berada dalam kesenangan dari urusanmu dan hidup dengan makmur, lalu engkau mengingati kematian, melainkan akan menjadi sempitlah segala sesuatunya bagimu”

Bekerjalah wahai diri kerna sakaratul maut itu pasti menjengah. Sedangkan kerja engkau masih banyak yang belum terlaksana.

“aku dibuat tertawa oleh orang yang mengharapkan dunia, padahal maut mengejarnya, dan orang yang lalai sedangkan dirinya tidak dilupakan..” – Abu Darda’ ra.
Read more »
0 com

Ibadah & Kerja Tidak Seiringan

Betulkah begitu? Ramai di antara kita akan mengatakan ia sebenarnya berjalan serentak. Tidak boleh kita lebihkan yang satu dan mengurangkan yang satu lagi. Ada juga mereka yang berpendapat dengan kerja akan menghasilkan kualiti ibadah; paksa diri dalam melaksanakan sesuatu kerja sehingga akhirnya timbul ikhlas dan membuahkan amal ibadah yang sebenarnya. Dan ada juga di kalangan kita yang punya pandangan tidak mengapa ibadah kita kurang kualitinya, tapi kerja dakwah perlu kita teruskan. Jika bukan kita yang bekerja menyeru kepada pentauhidan Allah, siapa lagi? Takkan nak tunggu sampai jadi alim, dah cukup sifat baru boleh nak laksanakan dakwah? Lambatlah begitu.

Namun sebetulnya, kita lihat untuk apa kita bekerja?
1. Menarik manusia untuk mengesakan Allah
2. Ia kerja hakiki untuk dapatkan syurga Allah
3. Agar manusia juga dapat merasa nikmat berada dalam system islam
4. Agar manusia hidup untuk Allah sebagai hambaNya dan juga khalifah

Jawapan Rubi'i Bin Amir atas apa mereka diutuskan
Biar apapun niatnya, ayuh kita jadikan kata-kata Rubi’ bin Amir kepada Rustum saat perang al-Qadisiyah. Ketika itu, Rustum meminta agar Saad bin Abi Waqas untuk menghantarkan seorang utusan yang bertindak sebagai negotiator. Saad pun menghantar Mughirah bin Su’bah sebagai wakil yang pertama. Mughirah ra. dengan izzah dan jelas menyatakan pendirian tentera muslimin, “Kami tidak menginginkan dunia ini, keinginan kami adalah untuk kehidupan di akhirat”. Setelah itu, Rubi’I bin Amir pula dihantar. Rubi’I bin Amir ra. Masuk ke perkarangan istana Rustum yang dihiasi dengan emas, berlian dan sutera. Beliau masuk dengan menaiki kudanya bersama perisai dan pedang ke tengah-tengah istana sehinggalah sampai ke permaidani Rustum. Rastum lantas menyuruhnya untuk meletakkan senjatanya, Rubi’i membalasnya dengan “Aku tidak datang atas kehendak sendiri, tetapi atas permintaan. Jika anda tidak membiarkan saya dalam keadaan sedia ada, saya akan pulang kepada tentera saya!” Rustum pun membiarkannya menghadap. Rubi’i kemudiannya maju kehadapan dan membenamkan pedangnya ketanah menembusi permaidani mewah sang empunya istana. Dia ditanyakan atas sebab apa mereka datang?

“Allah menghantar kami untuk mengeluarkan makhluk daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah; daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat; daripada kezaliman kepada keadilan islam; dan Allah telah mengutuskan ad-deen ini kepada manusia untuk mentauhidkanNya. Barangsiapa yang menerima panggilan ini, kami akan menerimanya dan pulang ke tanah air kami. Dan bagi mereka yang membantah dan menetang, kami perangi mereka sehingga sampai janji Allah.”

“Apakah dia janji itu?”

“Syurga bagi mereka yang gugur ketika di medan peperangan dan kemenangan bagi mereka yang hidup!”

Daripada kisah ini, ada 3 objektif dalam dakwah kita.
1. Menjadikan manusia itu mulia dengan memperhambakan dirinya pada Allah semata
2. Menjadikan jiwa manusia hidup dari sekadar mengejar dunia yang sementara
3. Membela manusia daripada kezaliman sesama makhluk

Namun yang paling utama ialah untuk menyedarkan manusia untuk ta’at pada Allah. Dengannya, jiwa manusia akan hidup untuk akhirat dan membebaskan mereka dari kezaliman system-sistem kufur. Jika begitu, masakan kita menyeru manusia untuk ta’at sedang diri masih lagi terawang-awang dalam ibadah? Satu aspek keta’atan yang sangat jelas. Bahkan keta’atan yang sungguh akan menghasilkan da’ie yang perihatin terhadap ibadahnya dan perhubungannya dengan Allah, sang Penguasa yang kita serukan kepadaNya.

Apa cerita mutabaah amal aku hari ini? Qiam dah lopong…
hari demi hari, sedar ataupun tidak, kita sebenarnya dituntut untuk pertingkatkan kualiti diri. Maksud aku, bukan sahaja dari sudut iman, bahkan kuantiti dan kualiti amal. Kerana ‘kerja’ kita semakin hari semakin bertambah, dan pada siapa sebenarnya kita mengadu? Dimana hendak kita dapatkan kekuatan? Dengan solat sunat dua rakaat akan menggerakkan kita bekerja selama 2 jam, sekarang ia menuntut kita untuk melaksanakan kerja dakwah khusus hampir sepanjang hari. Takkan masih di takuk ibadah yang lama? Takkan hati masih tak kita didik untuk ikhlas dan mengutamakan yang haq? Takkan hati kita masih menyangka kekuatan dalam kerja dakwah ini hanya bergantung pada kekuatan fisikal dan mental sahaja? Kemana aspek ruhi yang sering kita tekankan dalam liqa’ halaqah sehari-hari?

“Wahai Saudara yang tercinta!
Di hadapanmu setiap hari terdapat suatu saat di pagi hari, suatu saat di petang hari dan suatu saat di penghujung malam, yang semunya dapt kamu gunakan untuk meningkatkan kerohanianmu yang suci ke tingkat yang tinggi, sehingga kami dapat meraih kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu ada hari Jumaa’t dan malam harinya yang dapat kamu gunakan untuk memenuhi kedua tanganmu, hatimu dan ruhmy dengan limpahan yang deras dari rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Dan di hadapannya terdapat musim-musim ketaatan, hari-hari ibadah dan amalam-malam untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui bimbingan yang diberikan kepadamu oleh kitabmu yang mulia dan rasulmu yang agung. Untuk itu, hendaklah engkau rajin menggunakannya agar menjadi orang-orang yang berzikir, bukan menjadi orang yang lalai, dan menjadi orang-orang yang beramal bukan menjadi orang-orang yang malas. Gunakanlah waktu itu sebaiknya kerana waktu itu bagaikan pedang, dan janganlah kamu menangguh-nangguhkan kesempatan ini, kerana sesungguhnya tiada yang lebih berbeahaya dari sikap menangguh-nangguhkan kebaikan.” – Syahid Imam Hasan Al-Banna

Masa yang ada perlu kita gunakan untuk ibadah. Baru mampu untuk kita dapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Aku kongsikan pula coretan seorang ikhwah:

Jalan kemenangan – IBADAH sebelum QIADAH

Saya telah bertemu dengan seorang tua yang telah melepasi perjalanan usia yang sudah lama dan telah menghampiri garisan akhirat. Seluruh kepalanya telah diselaputi rambut yang memutih, garis-garis penuaan meniti wajahnya yang bersih. Saya duduk di sisinya di waktu siang hari, di kala cahaya matahari menyinari bumi. Saya melihat wajahnya berseri-seri disinari cahaya taqwa, pantulan nur dari hati yang sentiasa berhubungan dengan Allah ‘Azza wa Jalla. Dia tidak dikenali di kalangan masyarakat, namanyapun tiada siapa yang ingat.

Setelah mendengar cerita saya, dia bertanya, apakah nama persatuan kamu? Saya menjawab, kami bukan persatuan, tetapi kami adalah ikhwan fillah (saudara-saudara di jalan Allah) sahaja. Kami berhimpun di atas landasan aqidah dan fikrah. Kami cuba laksanakan pada diri kami, kemudian cuba memahamkannya kepada manusia. Fikrah kami tidak lain kecuali memahami Islam, beramal dengannya dan mengajak orang lain bersama-sama kami dalam memahami dan melaksanakan Islam. Cantik!, komennya. Siapa yang mengajar kamu di rumah (tempat kamu berkumpul)? Tanyanya lagi. Saya menjawab, dalam banyak keadaan, sayalah yang berbicara kepada saudara-saudara saya. Seketika dia terdiam. Kemudian dia mengangkat pandangannya tepat ke wajah saya seraya bertanya, adakah kamu bangun malam? Saya menjawab, apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya. Dia mendengus: benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)

Dengan tenang dan teratur dia berbicara, Ya Akhi: Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu.

Lembapnya dakwah kerana lemahnya kualiti kita

Aku kira ibadah kita memainkan peranan yang kenghidupkan dakwah kita. Perhubungan kita dengan Allah akan meyakinkan jiwa kita dengan bantuanNya. Namun jika kita masih ditakuk lama, bahkan semakin hari berlalu, semakin kurang amal kita, ada kau rasa jiwa kau akan tenang dan yakin akan apa yang kau sampaikan? Apa sebenarnya yang kau ucapkan? Isi yang menyentuh jiwa mereka atau sekadar air liur mengeringkan tekak sang penglipurlara?

Hari ini madu’ kita sudahpun mengamalkan ma’thurat sughra. Apakah aku masih tidak mampu meluangkan masa untuk mengamalkan yang kubra? Hari ini madu’ kita sudah mula tilawah dan mendekati al-Quran. Apakah aku masih menganggap al-Quran sebagai bahan bacaan seharian sedang sepatutnya ia adalah penghidup jiwa aku? Hari ini madu’ kita sudah menjinakkan diri mendirikan malam. Apakah akau hanya mampu untuk 2 rakaat sebelum tidur ataupun witir betul-betul sebelum subuh?

“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya” – Surah Faathir: 10

Kemuliaan mereka yang dimuliakan dengan islam hanya terjadi apabila hati mereka tunduk sepenuhnya pada Allah. Ketundukkan hati itu akhirnya membawa kepada ketundukkan jasad, akal dan amal keseluruhannya. Sehingga mereka tidak kenal penat walau sedetik. Kehidupan mereka menjadi qudwah kepada setinggi-tinggi pangkat manusia sehinggalah kepada yang tidak punya apa sedikitpun. Hinanya kita hari ini kerana lemahnya pegangan kita terhadap islam, dan rapuhnya perhubungan kita dengan Allah.

Sebetulnya, jika hati tidak kita tautkan terlebih dengan yang haq, masakan amal kita dan hasilnya akan tertaut padaNya. 
Read more »
0 com

Membetulkan Niat Meluruskan Langkah

Aku mulakan entri blog ini dengan innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Malapetaka apa yang datang? Sedangkan bukankah lebih baik aku mulakan dengan bismillah atau pun ucapan salam? Bismillah sebagai awal permulaan manakala salam pula awal perkenalan dan doa selamat.

Aku sudahpun ucapkan ia seawal aku berada dalam system tarbiyah ini. Sudah lama kaki ini melangkah, jiwa ini dibasahkan, masa aku luangkan untuk program dan kerja dakwah. Tapi pada penghayatan aku, kerja dakwah ini masih belum menampakkan hasil. Malahan mereka yang aku sentuh jiwa-jiwanya kini makin hanyut dibawa arus dunia. Jika tidakpun, mereka menjauh dariku walaupun fisikal mereka tampak hampir. Begitu sedikit yang menyahut, begitu sedikit yang bekerja, begitu sedikit mereka meluangkan masa untuk islam dan dakwah. Aku buntu. Aku pulangkan kembali jiwa ini pada Mu.

Umar Al-Khattab katanya: Aku mnedengar Rasulullah bersabda: “hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ai hijrah kepadanya itu.” (HR Bukhari & Muslim) – hadith 1 daripada matan 40 susunan Imam Nawawi.
Kalau kita kaji intipati hadith ini ada 2 perkara yang diperlukan dalam amal.

1. Niat kita bagaimana?

Niat perlulah betul berlandaskan apa yang kita perjuangkan. Dalam dakwah, takut-takut kita tersalah dalam menetapkan niat. Niat akhir mungkin betul untuk mengembalikan islam sebagai syiar kehidupan, ustaziatul alam. Menarik seramai mungkin manusia untuk bersama dalam kehidupan yang menjanjikan kehidupan abadi, merasai nikmat berada dibawah naungan islam dan melepaskan diri dari pertanggungjawaban ‘menyeru kepada Allah’ di akhirat kelak. Tapi mungkin dalam proses itu; hati kita mengimpikan kemasyhuran, jiwa ini menantikan namanya disebut-sebut, jiwa kita mengeluh dalam bekerja. Astaghfirullah. Dan kepincangan hati ini berlaku hanyalah dalam waktu sedetik. Sedangkan jasad ini bekerja atas asas niat sedetik yang salah itu, maka terhapuskan segala keberkatan dalam beramal. Banyak mana amal aku yang Kau terima ya Allah? Banyak mana pula yang telah aku persiakan?

“Kelesuan sesudah mujahadah (kesungguhan) timbul kerana adanya kerosakan pada langkah pertamanya” – petikan daripada Ar-Raqa’iq

2. Amal yang kita laksanakan

Ingat tidak pada syarat-syarat suatu amal diterima Allah? Pertamanya ikhlas lillah dan keduanya ittiba’ lil rasul. Ikhlas kerana Allah adalah niat dan kunci diterima segala amal perbuatan kita. Manakala mengikut cara Rasulullah adalah bagaimana niat itu diterjemahkan dalam berntuk perlaksanaan. Ia juga kunci utama dalam penerimaan amal. Rosak salah satunya, tidak diterima amal tersebut. Begitulah dalam kehidupan dakwah ini. Kita bukan sahaja berbicara soal method dakwah yang kita laksanakan tetapi sehingga menjangkau bagaimana kita menjalani kehidupan seharian kita; pergaulan kita, gaya hidup kita, imej kita. Kerana kita perlu tahu dan sebetulnya mengetahui bahawa kehidupan kita adalah dakwah. Mana mungkin aku melaksanakan kerja dakwah sedang diri ini bergaul yang kosong-kosong. Sedang diri aku masih tidak menjaga hak persaudaraan sesame ikhwah dan juga mutarabbi.

Method dakwah juga perlulah betul. Sebetulnya mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun. Menyusun program pembinaan untuk mutarabbi dan dalam masa yang sama menyusun diri agar peningkatan berlaku. Seorang sahabat baik pernah mencoretkan kata-kata ini dalam buku catatan usrah aku setahun yang lalu: “Suatu kemungkaran/kesalahan yang besar ialah apabila murabbi sibuk membina orang lain sedang ia terlupa untuk membina diri sendiri”.

Kerana itulah kita para murabbi sering diingatkan untuk bersama dalam kelompok mereka yang saling ingat mengingati. Agar diri tidak tenggelam dalam kerja pembinaan semata namun lupa akan diri sendiri.

Malapetaka besar sedang melanda kita. Takungan mereka yang memerlukan sentuhan islam semakin ramai, sedang da’ie yang dipercayakan untuk mengungguli perjuangan ini semakin hari semakin kurang kualitinya. Sudahlah kuantiti cukup sedikit, ini pula isu kualiti. Duhai hati, sedarlah JIWA kita ini hanyalah pinjaman. Ayuh kita lafazkan kata-kata Abdullah bin Rawahah saat kegetiran perang tabuk!

“Wahai diri, jika kau tidak gugur di medan juang, kau tetap akan mati walau di atas ranjang”

Read more »
Click to view my Personality Profile page