Agar Suatu Hari Nanti Kau Memahami


Ketika itu tiada lain yang bermain di jiwa melainkan rasa syukur padaNya

Saat 14 pemuda duduk bersemuka membina ukhuwah di malam pertama

Kita tidak kenal sebelum itu cuma berjumpa

Sempat ku layangkan senyuman di parkir penginapan dan doa

Ada yang ku bantu dan terbina ikatan kita

Ada yang datang kerana dipelawa rakan mereka

Taaruf kita ringkas yang lebihnya gelak ketawa

Hidangan malam pula cuma roti yang di kongsi dan air kotak sahaja

Itupun kiriman sahabat yang bantuannya ku pinta

Hari berlalu malam seminggu kita bersama

Solat isya di surau walaupun tiada dalam aturcara

Bilangan bertambah walau penat sehari kerja

Hujung minggu kita raikan ukhuwah yang terjana

Kita makan malam bersama tika orang lain sendirian di kafeteria

Kita riadah dan mandi bersama waktu orang suka-suka

Dan kita tidak pernah usai berjumpa

Melainkan tutup dihidangkan tazkirah buat bekal jiwa

Bilangan bertambah alangkah ku gembira

Musim itu tiada malam yang percuma

Melainkan terluang dalam pertemuan cinta

Ku lelah kerana bekerja

Ku kerah jua kerana itu cita-cita

Melihat dunia di penuhi jiwa sosok pemuda

Berimpian tinggi bercita-cita

Qiam pula dekatkan diri kita padaNya

Jumaat pula halaqah beramai-ramai bersama

Orang lain pelik melihat kita

Tidak cukup khutbah tadi sebagai halwa telinga

Kini akhirnya

Hari semalam tinggal kenangan manis pengubat duka

Salah diriku bukan mereka

Mungkin jauh di hati ada sedikit ujub dan bangga

Malam pula sedikit ku luang bersamaNya

Menjadi pengajaran bagi daku yang kerdil hina

Atas kehendakNya bukan atas usaha

Hati mereka bukan milikku tapi empunya Dia semuanya

Namu ku tidak putus harap padaMu dan pada mereka

Kerana hikmah disebalik ini pasti ada

Hari ini ku masih gagah meniti jalan sama

Kadang tersadung terjatuh tapi ku bangun jua

Harapan ini takkan luntur dek masa

Ku yakin jika ku mundur ada yang mendatang

Kerana cita-cita dan harapan ini bukan ku galas seorang

Ya Allah kekalkanlah ku atas jalan para anbiya’ dan sebaik-baik manusia

Thatbatkan hati ini untuk istiqamah atasnya

Dan bimbinglah mereka untuk akhirnya bersama

Kerana ku yakin mereka hingga saat ini bertanya dan tertanya

Agar di Kau fahamkan mereka

Kenapa jalan ini ku jejak lalu berpayah atasnya

Bukankah ada jalan lain membawa ke tempat yang sama?

Mungkin sambil bersenang-lenang bersuka-ria?

Tidak kerana ku yakin ini jalannya,

Ku doakan kau fahami suatu hari nanti walau lewat masa

Ini jalan ku dan akan terus bersamanya!

Qayyim - DK 16/4/2010

1 comments:

Ahmad Ali Falah | November 26, 2020 at 9:25 AM

Nice

Post a Comment

Click to view my Personality Profile page